Jemputan Menjadi Penulis di JCM

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga menubuhkan blog untuk mengumpulkan seberapa banyak kaum etnik berbangsa JAWA yang saya percaya kumpulan ini banyak bersama-sama membangunkan dari segi penggerak ekonomi,pendidikan malah ke peringkat penggubal undang-undang.


Maka dengan itu, saya ingin membuka peluang untuk bersama-sama saya menulis di dalam blog " Javanese Community Malaysia" ini sebagai wadah untuk pemangkin semangat untuk bukan saja anak JAWA, malahan meliputi setiap lapisan masyarakat/golongan bangsa di Malaysia ini.


Dengan lafaz bismillah, saya membuka peluang ini kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat/idea/kritikan di dalam blog ini ke alamat email :-

Email : javanesemalaysia@gmail.com

sekian, terima kasih.
Latest Posts

Friday, December 24, 2010

Perbezaan yang penting antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia

Bahasa Indonesia berbeza daripada bahasa Melayu khususnya di Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa danBelanda meskipun bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau.

Contohnya "pejabat pos" dikenali sebagai "kantor pos" di Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda kantoor untuk "pejabat". Ketika zaman penjajahan, bahasa Indonesia menggunakan "oe" untuk bunyi "u", sama seperti bahasa Belanda. Namun, setelah penaklukan Jepun, ejaan tersebut ditukar kepada "u". Begitu juga dengan bahasa Melayu.

Sebelum 1972, bunyi "ch" dieja dengan "ch" dan bahasa Indonesia menggunakan "tj". Oleh itu, perkataan "cap" telah dieja sebagai "chap" dan "tjap" dalam Bahasa Indonesia. Selepas "Ejaan Yang Disempurnakan" diperkenalkan pada 1972, kedua-dua bahasa menggunakan ejaan yang sama, iaitu "cap".

Contoh ejaan lain ialah "dj" (Indonesia) diganti dengan "j" seperti diMalaysia. Ada beberapa ejaan yang masih dikekalkan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Bahasa Malaysia) dan "uang" (Bahasa Indonesia).

laporan asal: Wikipedia
read more...

Monday, July 12, 2010

Mari belajar bahasa jawa.. eheh

Satu hari di pagi raya, masa tu Maira sekolah menengah lagi.
Kami 1 family pergi beraya di kampung sebelah ayah.
Lepas bagi salam n tuan ruamh sambut kami, kami pn masuk ke dalam rumah.
Masa on da way nak masuk rumah tu, tetiba tuan rumah tegur adik lelaki Maira yg umur beza setahun dari Maira.
Dia cakap "Garang nye...". Mak mnyengih je.
Kami adik beradik blur sebab kenapa x memasal cakap adik kitorang "garang"..
Habis beraya kitorang masuk la kereta n terus tanya mak ,
"Kenapa dia cakap adik garang??"..
Mak jawab "garang tu dalam bahasa jawa. Dalam bahasa melayu maksud nya KACAK @ hensem.." Owhhhh hahaha..

So word for today is GARANG = kacak @ hensem
read more...

Sunday, January 10, 2010

Apa dia tu " Nasik Ambeng"?


" kau tahu apa Nasik Ambeng tu?" kata Ahmad,

"Entah, tapi yang aku tahu, nasik tu ade banyak!!", zali pulak menjawab..

"Aku nak rase la nasik tu.. sedap kot ye?"

" Kalau kau nak, nanti malam ikut aku, ade kenduri kat sebelah kampung sana" zali memberitahu..

" Baiklah, nanti aku ikut kau"







Antara dialog yang berkaitan dengan Nasik Ambeng. Nasik ambeng nie boleh dikatakan makanan tradisional bagi masyarakat JAWA. Mempunyai nasik yang banyak,lauk-pauk dan kerepek-kerepek seperti rempeyek.


Nasi Ambeng bukan sahaja popular dikawasan tersebut malah ia masih menjadi makanan yang masih digemari oleh masyarakat jawa yang sebahagian besar tinggal di Pulau Jawa Indonesia dan orang tua-tua mengatakan bahawa makanan ini berasal dari Pulau Jawa.


Blog yang menyediakan resipi Nasi Ambeng ini adalah http://resipidiana.blogspot.com/2009/03/nasi-ambeng-cara-menyediakannya-sumber.html terima kasih diatas sumber resipi yang telah dikongsi didalam blog.

read more...

Haruskah Blog ini diwujudkan??


Jawapan untuk persoalan diatas adalah...




TERIMA KASIH diatas undian anda sekalian!
Dengan mandat yang diberi, kami di JCM akan menyalurkan info-info yang berkaitan dengan
JAVANESE di Malaysia dan jika ada info-info yang menarik
jangan segan-segan menyumbangkan idea/artikel/berita di
javanesemalaysia@gmail.com
terima kasih semua!

read more...

Tuesday, January 5, 2010

Permainan Rebana atau Kentrong

Di dalam masyarakat Jawa ada permainan rebana atau orang Jawa kata 'kentrongan'. Pemain kentrong kebiasaannya tak henti-henti menyanyi sambil memukul 'kentrong' mereka sampai waktu Subuh. Seperti selalu nyanyiannya adalah di dalam bahasa jawa.


Kumpulan Kentrong Seni Warisan ini berasal dari Meru barat dan boleh dihubungi melalui Encik Hassan Mokhtar 01223774274 atau Tuan Haji Anuar Rais 0169470451.

read more...

Friday, January 1, 2010

ABON bukan pelakon JAWA





**Abon yang di belah kanan

Loghat Jawa yang dituturkannya cukup pekat setiap kali dia muncul sebagai lelaki Jawa dalam drama atau sitkom televisyen. Justeru ramai yang sangka pelawak Abon adalah orang Jawa. Malah pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah yang sememangnya berketurunan Jawa pun sering memuji kepetahan Abon bertutur loghat Jawa.

“Mak Mah pernah kata slanga saya seperti orang Jawa zaman dulu bercakap, terutama daripada golongan Nyai. Saya tergelak bila Mak Mah berkata begitu kerana slanga saya lebih Jawa daripada Mak Mah yang sememangnya orang Jawa,’’ kata Abon yang ditemui di rumahnya di Sungai Long dekat Bangi baru-baru ini.

Malah Abon turut mendapat pujian daripada orang Jawa lain setiap kali dia masuk kampung untuk mengadakan persembahan pentas bersama Ali Mamak. Abon mereka anggap bagaikan anak Jawa yang berjaya mencipta nama dalam bidang seni.

Selebihnya di SINI

read more...

Wednesday, December 30, 2009

Bahasa Jawa dalam lagu kontemporari





Salam untuk JCM semua,

arek omong jowo keneng orak?hehe, keneng la yo, wes melbu blog jowo,pandey2 lah
arek boco kepiye.. Aku delok neng Youtube awan awan kie,gole`ie lagu jowo lah,akeh hey
lagu jowo kie teko seko Indonesia, wes neng kono asaley jowo kan, yo akeh! :)

Rentak lagu kie podo seng lagu bioso kurung`u neng radio,bahasa ney kui.. JOWO! Bahasa
jowo saiki, boh lah neng kene bocah2 jowo isin kok arek omongan jowo,orak ngaku tapi raei ney ketara banget raei jowo.. :)


read more...

Tuesday, December 29, 2009

Siapakah dia ORANG JAWA??

Siapa Orang JAWA?

Orang Timur ( 'orang Jawa', juga dikenali sebagai 'Jawa') berhijrah dari Jawa Tengah, Indonesia, ke Malaysia 1880-1930. Mereka berhijrah untuk mencari kehidupan baru dari penjajah Belanda yang memerintah Indonesia pada saat itu. Hari ini,Orang JAWA hidup di seluruh Semenanjung Malaysia di bahagian Perak, Selangor, dan Kedah. Ada juga komuniti terpencil di wilayah pantai Sabah. Beberapa Orang JAWA memperoleh kedudukan berpengaruh dalam masyarakat. Ketua Menteri dari Selangor yang dulu adalah Orang JAWA ( yang lepas).

Bahasa JAWA yang diucapkan sekarang,kurang diucapkan di kalangan muda hari ini. Kebanyakan daripada mereka pernah belajar atau tidak ingat bagaimana bercakap mengenai BAHASA JAWA.
read more...