Jemputan Menjadi Penulis di JCM

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga menubuhkan blog untuk mengumpulkan seberapa banyak kaum etnik berbangsa JAWA yang saya percaya kumpulan ini banyak bersama-sama membangunkan dari segi penggerak ekonomi,pendidikan malah ke peringkat penggubal undang-undang.


Maka dengan itu, saya ingin membuka peluang untuk bersama-sama saya menulis di dalam blog " Javanese Community Malaysia" ini sebagai wadah untuk pemangkin semangat untuk bukan saja anak JAWA, malahan meliputi setiap lapisan masyarakat/golongan bangsa di Malaysia ini.


Dengan lafaz bismillah, saya membuka peluang ini kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat/idea/kritikan di dalam blog ini ke alamat email :-

Email : javanesemalaysia@gmail.com

sekian, terima kasih.

Friday, December 24, 2010

Perbezaan yang penting antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia

Bahasa Indonesia berbeza daripada bahasa Melayu khususnya di Malaysia kerana mempunyai perkataan yang berasal daripada Jawa danBelanda meskipun bahasa Indonesia didasarkan dan didominasi dari bahasa Melayu Riau.

Contohnya "pejabat pos" dikenali sebagai "kantor pos" di Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Belanda kantoor untuk "pejabat". Ketika zaman penjajahan, bahasa Indonesia menggunakan "oe" untuk bunyi "u", sama seperti bahasa Belanda. Namun, setelah penaklukan Jepun, ejaan tersebut ditukar kepada "u". Begitu juga dengan bahasa Melayu.

Sebelum 1972, bunyi "ch" dieja dengan "ch" dan bahasa Indonesia menggunakan "tj". Oleh itu, perkataan "cap" telah dieja sebagai "chap" dan "tjap" dalam Bahasa Indonesia. Selepas "Ejaan Yang Disempurnakan" diperkenalkan pada 1972, kedua-dua bahasa menggunakan ejaan yang sama, iaitu "cap".

Contoh ejaan lain ialah "dj" (Indonesia) diganti dengan "j" seperti diMalaysia. Ada beberapa ejaan yang masih dikekalkan atas sebab sejarah, contohnya "wang" (Bahasa Malaysia) dan "uang" (Bahasa Indonesia).

laporan asal: Wikipedia

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

2 comments: on "Perbezaan yang penting antara bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia"

Kenali Berbagai Jenis Bantal said...

Baik bahasa Malaysia maupun Bahasa Indonesia memiliki bahasa yang hampir sama dan hanya memiliki sedikit sekali perbedaan.. terima kasih untuk informasinya..

smith bobal said...

Big gamblers would possibly start getting some very nice personal bonuses 카지노사이트 after being loyal customers

Post a Comment