Jemputan Menjadi Penulis di JCM

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga menubuhkan blog untuk mengumpulkan seberapa banyak kaum etnik berbangsa JAWA yang saya percaya kumpulan ini banyak bersama-sama membangunkan dari segi penggerak ekonomi,pendidikan malah ke peringkat penggubal undang-undang.


Maka dengan itu, saya ingin membuka peluang untuk bersama-sama saya menulis di dalam blog " Javanese Community Malaysia" ini sebagai wadah untuk pemangkin semangat untuk bukan saja anak JAWA, malahan meliputi setiap lapisan masyarakat/golongan bangsa di Malaysia ini.


Dengan lafaz bismillah, saya membuka peluang ini kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat/idea/kritikan di dalam blog ini ke alamat email :-

Email : javanesemalaysia@gmail.com

sekian, terima kasih.

Friday, January 1, 2010

ABON bukan pelakon JAWA





**Abon yang di belah kanan

Loghat Jawa yang dituturkannya cukup pekat setiap kali dia muncul sebagai lelaki Jawa dalam drama atau sitkom televisyen. Justeru ramai yang sangka pelawak Abon adalah orang Jawa. Malah pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah yang sememangnya berketurunan Jawa pun sering memuji kepetahan Abon bertutur loghat Jawa.

“Mak Mah pernah kata slanga saya seperti orang Jawa zaman dulu bercakap, terutama daripada golongan Nyai. Saya tergelak bila Mak Mah berkata begitu kerana slanga saya lebih Jawa daripada Mak Mah yang sememangnya orang Jawa,’’ kata Abon yang ditemui di rumahnya di Sungai Long dekat Bangi baru-baru ini.

Malah Abon turut mendapat pujian daripada orang Jawa lain setiap kali dia masuk kampung untuk mengadakan persembahan pentas bersama Ali Mamak. Abon mereka anggap bagaikan anak Jawa yang berjaya mencipta nama dalam bidang seni.

Selebihnya di SINI


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

5 comments: on "ABON bukan pelakon JAWA"

Nazz said...

Salam...

Fuh.. iyo-iyo hok.. ndarak ku si jowo tenan.. rupane gor di apusi wae.. uwalah...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nazz: ngomong jowo koyo wong joyo kie, belecet koyo kito,rupa ney wong Melaka, wong bugis bapak ei.. heheh~

Anonymous said...

Tak kiro abon wong jowo temen ruponey udu..tapi yok rakpopo...

smith bobal said...

Using 우리카지노 our affiliate companions and industry contacts, we put together a team of about 50 people who spent about 10 days testing the website and sending their findings to us

Anonymous said...

Rak opo opo...aku demen karo Abon

Post a Comment